Sk. Naka telah ditubuhkan dan dirasmikan pada 08.03.1954. Namanya diambil sempena nama tempat iaitu NAKA. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan. Lokasi sekolah ini terletak di perkampungan Melayu dan Thai, oleh itu murid-muridnya terdiri daripada keturunan Melayu dan Thai. SK. Naka merupakan sekolah terawal di kawasan Naka. Pada suatu ketika di awal tahun 1980-an sekolah ini dijadikan sekolah tumpang untuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, sementara menanti siapnya bangunan baru sekolah tersebut. Selepas itu sekolah ini dijadikan pula sekolah tumpang untuk murid SK. Lamdin selama beberapa bulan sementra menanti siapnya bangunan sekolah itu di Kampung Lamdin. Pada tahun 1990, SK. Naka dijadikan Sekolah Pendidikan Islam (SPI) untuk memberi pendidikan agama kepada murid-murid beragama Islam pada sebelah petang dar...
Comments
Post a Comment