ASAL USUL SK.NAKA
Sk.
Naka telah ditubuhkan dan dirasmikan pada 08.03.1954. Namanya diambil
sempena nama tempat iaitu NAKA. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan
penuh kerajaan. Lokasi sekolah ini terletak di perkampungan Melayu dan Thai, oleh itu murid-muridnya terdiri daripada keturunan Melayu dan Thai.
SK.
Naka merupakan sekolah terawal di kawasan Naka. Pada suatu ketika di
awal tahun 1980-an sekolah ini dijadikan sekolah tumpang untuk pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, sementara menanti siapnya bangunan
baru sekolah tersebut. Selepas itu sekolah ini dijadikan
pula sekolah tumpang untuk murid SK. Lamdin selama beberapa bulan
sementra menanti siapnya bangunan sekolah itu di Kampung Lamdin.
Pada
tahun 1990, SK. Naka dijadikan Sekolah Pendidikan Islam (SPI) untuk
memberi pendidikan agama kepada murid-murid beragama Islam pada sebelah
petang dari Tahun 3 hingga 6. Guru-gurunya pula terdiri daripada
guru-guru agama yang dibekalkan oleh Majlis Agama Islam Kedah.
Sekolah
ini sentiasa mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Berbagai
kemudahan disediakan, antaranya ialah padang permainan, makmal sains,
makmal komputer bilik kemahiran hidup, bilik sains, bilik PSS, surau,
kantin dan rumah guru.
Pada
tahuan 1998, akibat daripada pertambahan murid secara mendadak, maka
sekolah ini terpaksa mengadakan dua sesi pengajian iaitu pagi dan petang
akibat daripada kekurangan bilik darjah. Keadaan ini dapat diatasi pada
tahun 2002 dengan terbinannya sebuah bangunan baru 4 tingkat yang dapat
menampung 12 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah bilik
kemahiran hidup dan sebuah dewan terbuka.
Daripada
sebuah sekolah kecil pada suatu ketika dahulu, kini sekolah ini sudah
menjadi sekolah Gred A dengan bilangan murid mencecah 777 orang. Tenaga
pengajarnya seramai 54 orang, 8 orang kakitangan sokongan, 3 orang pengawal keselamatan (swasta), dan 5 orang pembersih kawasan (swasta).
Hasil
daripada pengurusan pentadbiran yang mantap dan juga kerjasama yang
baik di kalangan masyarakat setempat terutamanya melalui PIBG, sekolah
ini dapat ditadbir dengan baik dan sempurna.
Comments
Post a Comment